KUCHING, 28 Jun: Stesen TVS bakal menyiarkan tiga program menarik sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok.
1. Lambaian Kaabah
Program bual bicara ini akan mengupas ibadah haji bersama Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Ustazah Rogayah Chek. Penyanyi tempatan, Ir Radzi juga akan berkongsi pengalaman kali pertamanya mengejarkan ibadah haji. Penonton juga berpeluang menonton lintas langsung dari Tanah Suci.
Jangan ketinggalan 28 Jun, jam 9 hingga 9:30 malam hanya di TVS!
2. Doa untuk dijual
Telefilem ini mengisahkan seorang lelaki yang mencari rezeki dengan menjual doa menerusi buku doa yang didapati daripada seorang lelaki. Turut dimuatkan dalam telefilem ini ialah kisah seorang isteri yang cuba membantu perniagaan suaminya. Wanita ini berharap suaminya dapat menjalankan tanggungjawab pada agama dengan melakukan solat serta berdoa seikhlas hati. Apakah yang akan terjadi kepada mereka?
Tonton telemovie ini bersama yang tersayang pada 8 April, jam 8:45 malam hanya di TVS!
3. Ustaz Adik Cik
Telefilem ini mengisahkan Elisa, seorang gadis yang gemar bersosial namun pandai berlakon ‘suci’ di hadapan ahli keluarganya. Elisa kemudian ditugaskan menjaga dua anak saudaranya, Arif dan Afik ketika ibu bapa mereka ke Tanah Suci untuk tunaikan haji. Mampukah Elisa melaksanakan tanggungjawab itu dan melayan pelbagai kerenah dua beradik itu. Dalam tempoh itu, Afik juga diculik oleh penjenayah. Apakah yang berlaku kepadanya dan bagaimana Elisa selesaikan masalah itu?Semuanya akan terjawab jika anda menonton telefilem menarik ini.
Ustaz Adik Cik akan ditayangkan pada 9 April, 9:45 malam hanya di TVS! -TVS