Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut statistik rasmi Malaysia, pelaburan China menduduki tempat teratas pada separuh pertama 2022, mencecah AS$11 bilion, menyumbang 55.6 peratus daripada jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang menjadikan ekonomi kedua terbesar dunia itu rakan kongsi pembangunan terpenting Malaysia. Foto Faitullah Morni (TVS).

S&P Global kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Jun: S&P Global Ratings mengekalkan penarafan kredit berdaulat mata wang asing ‘A-‘ jangka panjang dan ‘A-2’ jangka pendek di Malaysia.

Agensi penarafan itu turut mengekalkan penarafan mata wang tempatan ‘A’ jangka panjang dan ‘A-1’ jangka pendek di Malaysia.

“Prospek stabil itu mencerminkan jangkaan kami bahawa momentum pertumbuhan dan dasar fiskal Malaysia yang kukuh akan membolehkan peningkatan sederhana dalam prestasi fiskal dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman web mereka semalam.

Berdasarkan ekonomi Malaysia pulih daripada kelembapan berkaitan pandemik, ia percaya prospek pertumbuhan jangka sederhana lebih baik daripada kebanyakan negara lain pada tahap pendapatan yang sama.

“Walaupun defisit belanjawan Malaysia kekal tinggi, kami menjangka dinamik pertumbuhannya dapat mengimbangi kelemahan yang dikaitkan dengan stok hutang kerajaan yang tinggi dan prestasi fiskal yang lemah,” katanya.

Menurut S&P Global Ratings, momentum pertumbuhan 2022 Malaysia berterusan sehingga 2023 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama meningkat 5.6 peratus tahun ke tahun, disokong oleh peningkatan dalam sektor pekerjaan, aktiviti pelancongan yang pulih dan pelaburan modal yang berterusan dalam sektor swasta dan awam.

“Bagaimanapun, kami menjangka pengembangan ekonomi tahun penuh akan sederhana kepada empat peratus berikutan persekitaran pertumbuhan global yang lemah,” katanya.

Agensi penarafan itu berkata belanjawan 2023 Malaysia kekal mengembang untuk menyokong momentum pertumbuhan dan mengurangkan tekanan inflasi.

“Oleh itu, kami mengunjurkan keberhutangan bersih Malaysia meningkat sebanyak 4.4 peratus daripada KDNK pada 2023 berbanding peningkatan 5.0 peratus pada 2022 berikutan defisit kerajaan am dan pusat yang rendah,” katanya.

Sementara itu, katanya kedudukan luaran Malaysia yang kukuh kekal sebagai kekuatan penarafan. Negara ini mempunyai lebihan akaun semasa yang konsisten selama lebih dua dekad.

“Kami mengunjurkan lebihan akaun semasa akan stabil sekitar tiga peratus daripada KDNK dalam tempoh tiga tahun akan datang, didorong oleh pemulihan secara berperingkat dalam sektor pelancongan dan permintaan kukuh yang berterusan untuk eksport pembuatannya akan menyokong akaun perdagangan negara,” katanya.

Katanya walaupun Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat pada 2022 kepada 3.4 peratus sejajar dengan harga global yang tinggi dan kekangan dari segi penawaran, ia menjangka IHP akan sederhana pada 2.8 peratus pada akhir tahun berikutan subsidi kerajaan terhadap bahan api dan makanan ruji.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan