Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Gerawat Gala hadir pada Majlis Berambeh Anak Miri di sini hari ini. Foto TVS.

Sarawak mahu lebih ramai belia terlibat keusahawanan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 27 Jun: Kerajaan Sarawak mahu lebih ramai golongan belia di negeri ini menceburi bidang keusahawanan, kata Datuk Gerawat Gala.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) itu berkata, pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan penyertaan anak muda ke sektor berkenaan.

“Sudah tentu untuk mengembangkan ekonomi, kita perlu melibatkan ramai orang muda dalam dunia perniagaan.

“Sehubungan itu, kerajaan telah menubuhkan banyak agensi dan kemudahan bagi membantu golongan muda yang ingin memulakan dan menceburi bidang perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Berambeh Anak Miri di Seahorse Seafood, di Topspot Kuching, hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala ditemui media ketika menghadiri Majlis Berambeh Anak Miri di Seahorse Seafood, Topspot Kuching, hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala ditemui media ketika menghadiri Majlis Berambeh Anak Miri di Seahorse Seafood, Topspot Kuching, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS).

Hadir sama pada majlis tersebut, Pengarah Urusan AnakMiri Kitchen Sdn. Bhd., Amin Aznizan.

Mengulas lanjut, kata Gerawat, terdapat banyak perbezaan di antara konsep pekerjaan pada masa kini dan juga dahulu.

“Zaman sekarang, jika kita bercakap tentang konsep pekerjaan tradisional, maka pada zaman dahulu bermaksud anda bekerja sehingga pencen.

“Kita sangat jarang menjumpai konsep pengaturan pekerjaan seperti itu pada masa kini,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan