Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari menanam pokok zaitun di pekarangan tapak masjid berkenaan sebagai simbolik lawatan beliau ke Auckland. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Sarawak salur 100 000 USD kepada FIANZ laksana program

ByDouglas Elliot

AUCKLAND, 27 Jun: Kerajaan Sarawak menyalurkan bantuan sebanyak 100, 000 USD kepada Persekutuan Persatuan Islam New Zealand (FIANZ) untuk perlaksanaan projek dan program persatuan itu.

Bantuan itu diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika melawat FIANZ hari ini sempena lawatan kerjanya selama dua hari di sini.

Sementara itu, Abang Johari berkata, umat Islam di New Zealand kagum dengan perpaduan dan keharmonian di Sarawak yang mempunyai rakyat pelbagai kaum dan budaya.

“Mereka amat kagum kerana kita (di Sarawak) dapat hidup bersatu – padu,” katanya kepada TVS hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari yang juga Presiden Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) berkata, tidak ada elemen paksaan dalam ajaran Islam malahan ia menekankan pembangunan bersama komuniti.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat FIANZ sempena lawatan kerja beliau ke Auckland, New Zealand. Foto Faitullah Morni (TVS)

“Islam sebagai panduan hidup mengajar kita untuk mengejar perpaduan secara fizikal dan ekonomi.

“Sesuatu tamadun hendaklah bergerak dan membangun dari sudut ekonomi dan pembangunan sosial,” ujarnya.

Mengulas mengenai komuniti Islam di New Zealand, Abang Johari menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan New Zealand kerana tidak menyisihkan kebajikan komuniti terbabit.

Abang Johari turut berkongsi keharmonian di Sarawak yang memiliki pelbagai kaum dengan pemimpin Islam tempatan. Foto Faitullah Morni (TVS)

“Meskipun umat Islam di New Zealand merupakan minoriti, kerajaan mereka telah mengiktiraf pegangan umat Islam termasuk menjalinkan kerjasama dengan pulau-pulau di Kepulauan Pasifik,” katanya.

Abang Johari juga sempat menanam pokok zaitun di pekarangan masjid berkenaan sebagai simbolik lawatan beliau ke Auckland.

Beliau dijadual berangkat pulang ke Kuching esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan