Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai MINTRED, Kamaluddin Busrah (tiga kanan) menyampai sijil penyertaan kepada wakil peserta semasa Majlis Penutupan Program Pemulihan dan Pemerkasaan Perniagaan Bumiputera Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) di Hotel Imperial Palace semalam. Foto: TVS

Lesen perniagaan syarat utama usahawan layak mohon geran MINTRED

MIRI, 26 Jun: Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) menyediakan pelbagai bantuan bagi membantu usahawan seperti geran perniagaan yang tidak perlu dibayar semula.

Pegawai MINTRED, Kamaluddin Busrah berkata, bagi memohon geran, usahawan perlu mempunyai lesen perniagaan terlebih dahulu yang boleh dipohon di Pejabat Daerah berdekatan dengan syarat-syarat tertentu.

“Kita di MINTRED mempunyai pelbagai bantuan untuk membantu usahawan. Antaranya ialah geran, ini percuma iaitu tidak perlu dibayar. Syarat utamanya adalah mesti mempunyai lesen perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Program Pemulihan dan Pemerkasaan Perniagaan Bumiputera Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) di Hotel Imperial Palace di sini, semalam.

Beliau berkata, terdapat dua geran disediakan untuk graduan dan bukan graduan iaitu Geran Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV) sebagai sumber para graduan mencari pendapatan sendiri.

“Geran itu ada dua, Geran Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK). Kita percaya kerajaan ataupun syarikat-syarikat swasta tidak mampu untuk memberi peluang pekerjaan kepada semua. Sebab itu kita berharap graduan atau bukan graduan berusaha untuk bekerja dan mencari pendapatan sendiri.

“Satu lagi Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV). Ini termasuk macam bakeri, pastri dan dandanan, teknikal dan bukan mekanik sahaja. Pelajar lepasan tingkatan enam juga boleh memohon. Maksimum bantuan yang diperuntukkan adalah RM20,000,” katanya.

Katanya, Program Pemulihan dan Pemerkasaan Perniagaan Bumiputera Sarawak merupakan satu inisiatif dan dana Bantuan Pemulihan Perniagaan, geran khas sekali sebanyak RM20 juta yang diperuntukkan untuk membantu Persekutuan Perniagaan Sarawak dan 15 syarikat gabungan untuk mengatur program peningkatan kapasiti serta pembangunan perusahaan untuk anggotanya.

“Untuk program ini DUBS Cawangan Miri akan membantu dan memperkasa 120 usahawan-usahawan sedia ada dan bakal usahawan baru dalam bidang bakeri dan pastri, spa dan kecantikan, salun tatarias dan rambut,” ujarnya-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan