Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring dengan bursa serantau

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Bursa Malaysia tidak meneruskan peningkatan terdahulu apabila ditutup rendah pada Isnin disebabkan jualan berterusan dalam saham-saham wajaran tinggi terutamanya saham perkhidmatan kewangan, seiring dengan prestasi lemah bagi kebanyakan bursa serantau.

Maybank menyusut empat sen kepada RM8.70 dan Public Bank berkurangan dua sen kepada RM3.86. Kedua-dua saham itu menyebabkan indeks komposit menyusut dengan gabungan 1.44 mata.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.01 mata atau 0.07 peratus kepada 1,389.88 daripada 1,390.89 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Indeks utama itu dibuka meningkat 0.66 mata kepada 1,391.55 pagi ini sebelum bergerak antara 1,388.41 dan 1,394.30 pada sepanjang sesi.

Pasaran lebih luas pula menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 467 kepada 292, manakala 465 kaunter tidak berubah, 1,084 tidak diniagakan dan 40 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.56 bilion unit bernilai RM1.41 bilion berbanding 4.90 bilion unit bernilai RM1.63 bilion pada Jumaat.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ekuiti Malaysia berakhir lebih rendah, mencerminkan prestasi negatif bagi seluruh bursa serantau.

“Pasaran serantau utama mencatat aliran lebih rendah berikutan pelabur mengekalkan pendirian untuk berwaspada dengan ekonomi global dan unjuran bagi kadar faedah susulan langkah memperketat monetari yang agresif oleh bank-bank pusat utama pada minggu lepas,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun menyusut 0.25 peratus kepada 32,698.81, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.51 peratus kepada 18,794.13 dan Indeks Komposit SSE menguncup 1.48 peratus kepada 3,150.62.

Di peringkat tempatan pula, Thong yakin sentimen pasaran akan kekal berhati-hati berikutan kekurangan minat belian dalam keadaan risiko pasaran yang meningkat dan ketidakstabilan di seluruh dunia.

“Oleh itu, kami meramalkan indeks petunjuk pasaran akan kekal dalam jajaran kecil pada julat 1,385-1,400 pada minggu ini,” katanya.

Bursa tempatan menyaksikan saham wajaran tinggi Sime Darby Plantation turun lima sen kepada RM4.25, manakala Axiata dan Press Metal Aluminium masing-masing berkurangan tiga sen kepada RM2.62 dan RM4.71.

Bagaimanapun, CelcomDigi menokok lima sen kepada RM4.30 dan Petronas Dagangan meningkat 40 sen kepada RM21.80.

Bagi saham aktif, Sarawak Consolidated meraih satu sen kepada 43.5 sen, Bahvest Resources meningkat dua sen kepada 18.5 sen, Classita menyusut setengah sen kepada sembilan sen, manakala Borneo Oil dan EA Holdings masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen dan setengah sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 22.48 mata kepada 10,209.70, Indeks FBMT 100 turun 19.48 mata kepada 9,914.24 dan Indeks FBM ACE rendah 12.57 mata kepada 5,030.30.

Indeks FBM Emas Syariah pula berkurangan 16.48 mata kepada 10,499.27 dan Indeks FBM 70 turun 78.19 mata kepada 13,378.00.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 23.30 mata kepada 15,421.55, Indeks Tenaga susut 3.97 mata kepada 781.11, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.31 mata kepada 158.56, manakala Indeks Perladangan naik 0.37 mata kepada 6,718.81.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 1.72 bilion unit bernilai RM1.16 bilion daripada 1.64 bilion unit bernilai RM1.33 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran turun kepada 219.46 juta unit bernilai RM31.36 juta berbanding 345.94 juta unit bernilai RM39.24 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 624.68 juta saham bernilai RM216.62 juta daripada 2.92 bilion saham bernilai RM259.96 juta pada Jumaat lepas.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 368.54 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (625.68 juta); pembinaan (57.92 juta); teknologi (113.47 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (54.80 juta); hartanah (175.62 juta); perladangan (30.42 juta); REIT (6.53 juta), dana tertutup (34,000); tenaga (141.34 juta); penjagaan kesihatan (60.44 juta); telekomunikasi dan media (28.76  juta); pengangkutan dan logistik (14.17 juta) serta utiliti (40.36 juta).

Sementara itu, Teladan Setia Group Bhd telah menukar nama sahamnya kepada Teladan Group Bhd, manakala Teladan Setia Group Bhd – Waran 2021/2026 diubah kepada Teladan Group Bhd – Waran 2021/2026.

“Sehubungan itu, sekuriti syarikat akan diniagakan dan disebut harga di bawah nama baharu berkuat kuasa 9 pagi, 28 Jun 2023.

“Bagaimanapun, nombor saham syarikat itu kekal tidak berubah,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan