Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman (kiri) bersama Dato Sri Dr Stephen Rundi dan Paulus Palu Gumbang melakukan Upacara Miring. Foto: TVS

Anjung Usahawan Pekan Medamit beri peluang kepada peniaga tempatan

LIMBANG, 26 Jun: Projek Anjung Usahawan di Pekan Medamit yang akan siap tidak lama lagi bakal memperkasa ekonomi peniaga kecil di luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, projek berkenaan dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

Jelasnya tapak niaga itu amat diperlukan oleh peniaga memasarkan produk tempatan selain produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kawasan itu.

“Hasil penubuhan NRDA, kita dapat melihat beberapa projek pembangunan masuk ke Medamit dan Batu Danau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Makan Malam Gawai Dayak sempena Pesta Medamit 2023 di Dewan Terbuka Nanga Medamit, Limbang semalam.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Timbalannya, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Sementara itu Paulus Palu berkata, anjung usahawan turut dibina di Batu Danau.

“Namun berlaku kelewatan susulan perpindahan tapak ke kawasan baharu kerana tapak lama termasuk dalam laluan projek Lebuhraya Pan Borneo,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan