Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menjalankan pemeriksaan semasa Op Samseng Jalanan di Dataran Sibu pada malam Sabtu hingga awal pagi Ahad. Foto: BSPT IPD Sibu

Tiga samseng jalanan ditahan di Sibu

SIBU, 25 Jun: Perbuatan samseng jalanan oleh tiga remaja lelaki ketika menunggang motosikal di Jalan Awang Ramli Amit dan Dataran Sibu di sini membawa padah apabila ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mereka yang berusia 15 hingga 23 tahun itu ditahan menerusi Operasi Samseng Jalanan yang berakhir awal pagi tadi.

Katanya, ketiga – tiganya kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Dalam operasi yang bermula pada pukul 10 malam itu, seramai 31 individu turut diperiksa dan polis mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulkipli, antaranya termasuk tiada lesen memandu, ubah suai ekzos, tiada cermin sisi, plat nombor tidak mengikut spesifikasi dan tiada nombor pendaftaran.

“Selain itu polis turut mengesan kesalahan lesen kenderaan tamat tempoh, ubah suai struktur kenderaan, memandu di bawah umur dan tidak mempamerkan pelekat ‘P’,” katanya.

Beliau memberitahu, polis turut menyita lapan buah motosikal untuk tujuan dokumentasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan