Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian (duduk,tengah) bergambar bersama penderma darah semasa merasmikan Karnival Kesihatan semperna Hari Penderma Darah sedunia di Spring Megamall. Foto: TVS

Sektor kesihatan di Sarawak perlukan 200 beg darah sehari

KUCHING, 25 Jun: Tabung Darah di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di Sarawak memerlukan sekurang – kurangnya 200 beg darah sehari untuk kelancaran operasi perkhidmatan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bekalan itu sangat penting kerana digunakan untuk merawat kes kemalangan, kebakaran, pembedahan serta rawatan untuk pesakit kanser, talasemia, leukemia dan sebagainya.

Sehubungan itu kata beliau, aktiviti derma darah secara suka rela harus menjadi tanggungjawab semua lapisan masyarakat.

“Tanpa sokongan masyarakat, mustahil untuk Tabung Darah mempunyai bekalan yang mencukupi untuk dibekalkan kepada hospital-hospital di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian sempena Hari Penderma Darah Sedunia di sini hari ini.

Sementara itu Abang Johari berkata, kemajuan dalam bidang perubatan telah memberi harapan baharu kepada pesakit yang menjalani rawatan transplan organ.

“Setiap masalah kesihatan ini bergantung kepada pemindahan darah.

“Oleh itu keprihatinan orang ramai untuk menderma darah amatlah diharapkan,” katanya.

Berhubung kadar pendermaan darah di Sarawak pula, Abang Johari berkata, pada 2019 hingga 2022, peningkatan sebanyak 15 peratus direkodkan.

“Pada 2019 sebanyak 52,000 unit beg darah diperoleh menerusi penderma dan meningkat kepada 56,000 unit pada tahun lepas.

“Berbanding negeri lain, bekalan darah di tiga tabung darah di sini masih mencukupi untuk kegunaan di kesemua hospital,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan