Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh bersama pemimpin masyarakat dalam Program Ngiling Bidai di Dewan Masyarakat Sare, Sarikei pada Sabtu. Foto: TVS

Jalan baharu hubungkan Bukit Kinyau – Sarikei bakal dibina

TANJUNG MANIS, 25 Jun: Kira-kira RM80 juta akan diperuntukkan untuk membina jalan baharu sepanjang 17 kilometer yang akan menghubungkan Kampung Bukit Kinyau dengan Sarikei.

Bukit Kinyau wujud sejak tahun 1950-an merupakan sebuah perkampungan yang mempunyai lebih 60 buah rumah hanya dapat dihubungi melalui jalan sungai dari Sarikei dan Tanjung Manis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, peruntukan bagi tujuan pelaksanaan projek berkenaan diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan peruntukan berkenaan. Ini satu lagi berita menggembirakan buat penduduk Kinyau.

“Kawasan ini merupakan salah satu daripada perkampungan nelayan di kawasan saya yang belum dihubungi jalan raya,” katanya kepada media pada Majlis Ngiling Bidai di Dewan Masyarakat Sare, semalam.

Len Talif berkata, sebelum wujudnya perkampungan, kawasan itu dahulunya hutan tebal yang ditumbuhi pokok paya bakau.

Bagaimanapun katanya, tapak yang terletak tidak jauh dari Sarikei itu mula menjadi tumpuan penduduk selepas terbinanya sebuah kilang papan di kawasan tersebut dan akhirnya menjadi sebuah kampung kekal hingga ke hari ini.

“Kebanyakan penduduk di kawasan ini nelayan dan bekerja di kilang, tetapi mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai sebuah penempatan nelayan dan tempat peranginan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan