KUCHING, 24 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik cara kerajaan Sarawak membangunkan negeri.
Menurutnya, Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan antara negeri yang paling tangkas dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan.
Sarawak bakal ambil alih MASwings jadi syarikat penerbangan butik – Abang Johari
“(Sarawak) mendepani isu digital, isu kenderaan elektrik, isu hidrogen. Itu Sarawak jauh ke depan. Itu cara dia, dia buat kerja dia bincang,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian semasa sesi dialog bersama mahasiswa pada program Temu Anwar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, hari ini.
Sarawak bakal ambil alih MASwings jadi syarikat penerbangan butik – Abang Johari
Anwar turut mengambil contoh hasrat kerajaan Sarawak hendak menubuhkan syarikat penerbangan sendiri.
“Saya kata ok, dia nak buat airline dia nak bincang dengan (Menter Pengangkutan) Anthony Loke, ok jalan bincang elok-elok, tengok syarat, ok putuskan dalam kabinet… itulah cara dia,” katanya.
Sarawak bakal ambil alih MASwings jadi syarikat penerbangan butik – Abang Johari
Beliau menjadikan Sarawak sebagai kerajaan negeri yang sentiasa berbincang dengan kerajaan Persekutuan mencari cara untuk melaksanakan program pembangunan. – TVS