Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
muhyiddin yassin

PN umum bertanding kesemua kerusi DUN pada enam PRN

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 22 Jun: Perikatan Nasional (PN) mengumumkan gabungan itu akan bertanding di kesemua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung di enam negeri.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN juga telah memuktamadkan rundingan kerusi di kesemua negeri itu.

Kata beliau, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan meletakkan calon mereka di 83 kerusi, Pas (126) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) diberi tugas bertanding di 36 kerusi.

“Jumlah kerusi baharu bukan penyandang yang bakal ditandingi oleh Bersatu ialah 64 kerusi manakala Pas akan bertanding di 50 kerusi,” katanya menerusi kenyataan media.

Kata beliau, PN juga sudah bersedia dengan Jentera Pilihan Raya dan komited untuk mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“PN juga akan cuba untuk menawan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan,” katanya.

Pada masa sama beliau turut memaklumkan PN akan komited menjunjung keluluhan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan cogan kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan