KUCHING, 22 Jun: Astana Negeri Sarawak memaklumkan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berada dalam keadaan sihat.
Astana Negeri Sarawak berkata, berita yang tidak disahkan berhubung keadaan kesihatan Tun Abdul Taib yang tersebar menerusi media sosial merupakan berita palsu.
“Kami berharap dengan kenyataan media ini yang semua laporan tidak benar mengenai Tun Abdul Taib akan dihentikan,” jelas Astana Sarawak menerusi kenyataan media sebentar tadi. -TVS