Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berucap pada Majlis Pelancaran Forum Pengalaman Destinasi PATA (Pacific Asia Travel Association) dan Mart 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS).

Sarawak tekankan kepentingan selaras strategi pelancongan mampan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 22 Jun: Sarawak menekankan pentingnya Malaysia untuk menyelaraskan strategi pelancongan dengan mampan bagi meningkatkan manfaat dan mengurangkan kesan negatif disebabkan oleh destinasi pelancongan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagi menjayakan hasrat berkenaan, kerajaan perlu memainkan peranan dengan melindungi persekitaran semula jadi, hidupan liar dan sumber semula jadi ketika membangunkan dan mengurus aktiviti pelancongan.

Sarawak tekankan kepentingan selaras strategi pelancongan mampan

Kata beliau, sudah sampai masanya kerajaan bekerjasama untuk melaksanakan strategi komprehensif bagi menggalakkan pembangunan pelancongan yang mampan.

“Campuran luas dasar merentas kerajaan merupakan elemen utama dalam menyokong ekonomi pelancongan yang mampan dan berdaya saing dalam jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Forum Pengalaman Destinasi PATA (Pacific Asia Travel Association) dan Mart 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, sektor pelancongan boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan dengan menyediakan peluang pekerjaan berkualiti, sokongan perusahaan dan dana pemuliharaan.

Abdul Karim turut menyuarakan padangan sekiranya sektor ini tidak diurus dengan baik, pelancongan boleh memberi kesan negatif kepada komuniti.

“(Seterusnya boleh) menyebabkan masalah jangka panjang kepada penduduk tempatan, yang akhirnya boleh membawa kepada kemerosotan pelancongan di destinasi tersebut,” katanya.

Sementara itu, Abdul Karim mendedahkan bahawa Sarawak telah lama mengiktiraf kepentingan kelestarian dalam semua usaha termasuk pelancongan.

“Kita secara aktif menggalakkan orang ramai dan pelawat untuk menyedari kesan alam sekitar mereka dan amalan pelancongan yang bertanggungjawab.

“Melalui penglibatan kolektif, kita boleh menyumbang kepada pemeliharaan sumber asli yang dimiliki dan kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan