Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel di Wisma Bapa Malaysia di Kuching, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS).

Jakel rancang buka dua cawangan di Sarawak tahun depan

ByOdleen Catherny

KUCHING, 23 Jun: Syarikat peruncit tekstil terbesar di Malaysia, Jakel Holdings Sdn Bhd bakal membuka dua cawangannya di Kuching dan Miri pada 2024.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata jumlah pelaburan untuk pembukaan dua cawangan berkenaan menelan RM50 juta hingga RM100 juta.

“Jakel mempunyai lebih kurang 23 cawangan di seluruh negara kecuali di Sarawak dan Pulau Pinang. Selain itu, kita juga mempunyai lebih kurang 30 cawangan untuk gedung karpet di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.

Katanya lagi pihaknya yakin dengan keadaan ekonomi Sarawak yang berkembang pesat, sekali gus mampu melonjakkan jualan syarikat selain meluaskan rangkaian pelanggan bukan sahaja dalam negara malah juga Brunei Darussalam.

Pihaknya juga bercadang untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membina sebuah gedung.

“Saya telah melawat beberapa tapak semalam dan kami dapati ada beberapa pilihan tetapi kami ingin mencari tapak yang lebih besar iaitu dengan pembelian tanah atau bekerjasama dengan kerajaan Sarawak.

“Dengan adanya gedung ini, kita juga akan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. Kami bercadang untuk mengambil pekerja seramai 500 hingga 700 kakitangan,” katanya lagi.

Setakat ini katanya Jakel Holdings Sdn Bhd mempunyai kira-kira 6,000 kakitangan di seluruh cawangannya di Malaysia.

Pembukaan gedung di Sarawak juga katanya akan membabitkan kerjasama dengan syarikat tempatan yang secara langsung memberi peluang kepada rakan kongsinya di Sarawak untuk memiliki saham di negeri ini dengan konsep francais. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan