Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kesan kebakaran akibat kebakaran yang berjaya dipadamkan oleh penduduk Kampung Pergau Daro sebelum ketibaan pasukan bomba. Foto: BBP Daro

Penduduk kampung padamkan kebakaran rumah dua tingkat di Daro

DARO, 21: Tindakan pantas sekumpulan penduduk Kampung Pergau di sini berjaya mengelakkan kebakaran sebuah rumah dua tingkat yang berlaku pagi tadi merebak.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba Andy Alie berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 6 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira – kira 30 kilometer (km) dari balai.

“Setibanya di situ, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat dengan anggaran kurang 10 peratus terbakar.

“Tiada operasi pemadaman dijalankan kerana kebakaran tersebut berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, pasukan BBP Daro tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.37 pagi.

“Pasukan kemudian membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada elemen yang boleh mencetuskan semula kebakaran,”katanya.

Beliau memberitahu, ketika kejadian, penghuni tiada berada di rumah dan punca kejadian masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan