Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perarakan Niti Daun yang berlangsung di Kuching baru-baru ini disertai lebih 3,000 peserta. Foto TVS

Sedia kaji senaraikan Perarakan Niti Daun dalam Kalendar Pelancongan Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Jun: Kerajaan Sarawak akan menilai potensi Perarakan Hari Gawai Dayak atau Niti Daun sebelum disenaraikan sebagai salah satu program dalam Kalendar Pelacongan Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana program yang dijadualkan dalam kalendar tahunan pelancongan perlu memiliki rekod kejayaan yang berterusan dalam setiap penganjurannya untuk tempoh tertentu.

“Niti Daun kali pertama dianjurkan (di peringkat negeri Sarawak) tahun ini, selalunya program yang dimasukkan dalam kalendar telah diadakan selama beberapa tahun dan dapat dilihat kejayaannya.

“Walau bagaimanapun, kita (Kerajaan Sarawak) akan menilainya dan akan dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang potensi Perarakan Niti Daun sebagai antara Program Tahunan Kalendar Pelancongan Sarawak.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata sekiranya penganjurannya menunjukkan kejayaan, program itu akan menjadi antara acara tarikan bagi pelancong luar.

Sebelum ini, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan agar perarakan itu dijadikan sebagai salah satu program tahunan dalam Kalendar Acara Pelancongan Sarawak.

Perarakan Niti Daun 2023 dianjurkan pada 17 Jun lalu melibatkan lebih 3,000 peserta daripada 91 kontinjen daripada Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dayak, Jabatan Kerajaan, Persatuan-Persatuan Kebudayaan Dayak, Ketua-Ketua Kaum dan masyarakat Dayak dari seluruh Sarawak.

Program yang disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu diadakan bersempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka dan Perayaan Hari Gawai Dayak 2023 Peringkat Negeri Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan