Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis turut merampas 15 komputer pelbagai jenama, 35 unit telefon bimbit pelbagai jenis, dan satu set kunci rumah. Foto IPD Kajang.

Polis serbu ‘markas’ sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Polis menahan 19 warga asing selepas menyerbu sebuah rumah di Kajang, yang dijadikan sebagai ‘pusat panggilan’ kegiatan penipuan dalam talian yang menyasarkan warga Vietnam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Zaid Hassan berkata 13 orang lelaki dan enam wanita itu disyaki menjalankan kegiatan penipuan tawaran kerja sambilan yang tidak wujud.

“Seorang daripada yang ditahan adalah lelaki warga China, manakala selebihnya warga Vietnam, dan turut dirampas dalam serbuan berkenaan ialah 15 komputer pelbagai jenama, 35 unit telefon bimbit pelbagai jenis, dan satu set kunci rumah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata biasanya mangsa penipuan ini pada mulanya akan dihubungi dengan menggunakan aplikasi Zalo, yakni platform sosial yang berpangkalan di Vietnam, dan ditawarkan kerja sambilan dengan membuat tugasan pembelian melalui laman web e-dagang Vietnam yang palsu.

Katanya semua suspek yang berumur 18 hingga 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan