Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan Hari Belia Sarawak 2023 akan diadakan selama tiga hari pada 26 hingga 28 Oktober ini menyaksikan Bahagian Kapit sebagai tuan rumah. Foto: Mohamed Raffiq (TVS)

Kapit tuan rumah sambutan Hari Belia Sarawak 2023

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Jun: Bahagian Kapit bakal menjadi tuan rumah sambutan Hari Belia Sarawak 2023 pada 26 hingga 28 Oktober depan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sambutan tiga hari itu bakal diadakan pada skala sederhana.

Kapit tuan rumah sambutan Hari Belia Sarawak 2023

Menurutnya, keputusan berkenaan berikutan jawatankuasa penganjur mengambil kira beberapa faktor seperti kawasan penginapan dan lokasi sambutan yang tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang ramai.

“Kami (jawatankuasa) telah bersetuju untuk mengecilkan skala sambutan kali ini kerana tempat penginapan, lokasi perasmian untuk mendirikan khemah dan menjalankan aktiviti belia tidak dapat melibatkan jumlah (pengunjung) yang banyak seperti Kuching, Miri dan Bintulu.

“Kami juga telah menerima maklumat daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kapit jika dicampur dengan jumlah rakyat yang akan hadir dikhuatiri berlakunya kesesakan lalu lintas,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Sambutan Hari Belia Sarawak 2023 di Bangunan Baitulmakmur 2, di sini pada Rabu.

Namun begitu, menurut Abdul Karim, remier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual akan merasmikan sambutan yang bakal disertai kira-kira 1,500 peserta belia daripada pelbagai badan pakaian seragam.

Dalam pada itu, Abdul Karim meyakini meskipun sambutan berskala sederhana, semangat mengiktiraf dan menghargai peranan golongan belia kepada negeri tidak akan luntur.

“Kita mengadakan sambutan Hari Belia setiap tahun untuk menghargai pentingnya peranan golongan belia dalam masyarakat yang akan menjadi pewaris kepada pembangunan negeri kelak,” tegasnya.

Kemuncak sambutan menyaksikan penganugerahan Anugerah Tokoh Belia merangkumi Tokoh Belia Wanita, Tokoh Belia Lelaki dan Tokoh Organisasi Belia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan