Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Joko Widodo. Foto: David Andreas (TVS)

Indonesia tamatkan pandemik COVID-19, masuki fasa endemik

JAKARTA, 21 Jun: Presiden Indonesia Joko Widodo mengumumkan negara itu hari ini secara rasmi menamatkan status pandemik COVID-19.

Ujar beliau, langkah ini merupakan reaksi kepada kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengisytiharkan berakhirnya tindakan kecemasan kesihatan awam terhadap virus itu.

Asas kepada keputusan itu diambil juga jelas Jokowi setelah kerajaan mengambil kira jumlah harian kes positif COVID-19 di Indonesia yang menghampiri sifar.

“Hasil tinjauan pula menunjukkan 99 peratus rakyat Indonesia mempunyai antibodi dan Indonesia kini berada di fasa endemik setelah lebih tiga tahun kita berjuang bersama-sama melawan pandemik COVID-19,” katanya menerusi kenyataan media.

Jokowi berkata, susulan pengumuman ini, seluruh negara boleh meneruskan aktiviti tanpa sekatan bagi merangsang ekonomi.

Menerusi pengumuman ini, jelas Jokowi beliau berharap agar ekonomi negara bergerak lebih baik.

Kes pertama COVID-19 di Indonesia dikesan pada Mac 2020.

Sehingga Disember 2022, jumlah kematian akibat virus itu di Indonesia ialah sebanyak 160, 490 orang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan