Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi SEC Datuk Annuar Ayub menyerahkan “Mock Cheque” kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, hari ini. Foto: CMO

SEC bayar dividen RM10 juta kepada Kerajaan Sabah

KOTA KINABALU, 21 Jun : Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. (SEC) menyerahkan dividen berjumlah RM10 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 kepada Kerajaan Sabah hari ini.

Penyerahan dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SEC, Datuk Annuar Ayub kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Energy Corporation, Adzmir Abd Rahman.

Adzmir dalam taklimatnya kepada Hajiji berkata, SEC dan anak syarikatnya mencatat keuntungan sebanyak RM47.9 juta bagi 2022.

Kata beliau, perolehan itu lebih tinggi berbanding prestasi dicatatkan oleh kumpulan itu pada 2021 iaitu sebanyak RM42.7 juta.

“Keuntungan sebelum cukai anak syarikat milik penuh SEC, Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB) bagi 2022 pula meningkat kepada RM28.8 juta manakala keuntungan sebelum cukai SEC di peringkat syarikat ialah RM22 juta.

“Pelaburan semula keuntungan terkumpul telah meningkat secara drastik menyebabkan Dana Pemegang Saham meningkat kepada lebih RM1 bilion pada akhir 2022.

“Sebagai tambahan kepada peningkatan nilai kepada pemegang sahamnya, SEC juga telah membayar dividen berjumlah RM241 juta kepada kerajaan sehingga kini,” katanya.

Sementara itu, Adzmir berkata, SEC terus fokus untuk mengukuhkan portfolio perniagaannya dan mengekalkan keuntungan kumpulan.

“SEC akan berterusan menyediakan bekalan tenaga yang lebih baik, selamat, bersih, mampu milik serta boleh diakses oleh lebih ramai pemegang kepentingan dalam komuniti perniagaan di Sabah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan