Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan

Gambar disalah guna, personaliti televisyen buat laporan polis

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 19 Jun: Empat personaliti sebuah stesen televisyen membuat laporan polis di Balai Polis Sg Maong hari ini berhubung tindakan satu akaun Facebook yang menyalahgunakan gambar beliau serta rakan sekerjanya.

Jurucakap personaliti itu berkata Facebook yang menawarkan perkhidmatan pinjaman wang menggunakan gambar mereka tanpa kebenaran.

“Penyalahgunaan gambar saya dan rakan sekerja telah mencemarkan reputasi saya dan juga mereka, selain turut mencalarkan nama syarikat tempat saya bekerja yang merupakan syarikat penyiaran milik negeri.

“Ia juga menimbulkan salah faham dan dikaitkan secara salah dengan aktiviti pemberi pinjaman wang dalam kalangan orang ramai,” tegasnya.

Beliau juga menegaskan agar pihak berkaitan untuk menghentikan penggunaan gambar tersebut dengan serta merta, memadam segala hantaran yang berkaitan di laman Facebook tersebut dan tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan