Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Martin Ben bersama Datuk John Sikie ( empat kiri), Tan Sri William Mawan ( tiga kiri) dan Billy Sujang (kanan) merasmikan program Malam Kesenian Bidayuh 2023 sempena Bazar Gawai 2023 yang diadakan di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) malam tadi. Foto: TVS.

Masukkan program Gawai dalam Kalendar Pelancongan Sarawak

KUCHING, 20 Jun: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berharap beberapa program Gawai yang dirancang akan dapat dimasukkan ke dalam Kalendar Pelancongan Sarawak pada tahun hadapan.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Martin Ben ketika ditemui pada program Malam Kesenian Bidayuh 2023 sempena Bazar Gawai 2023 yang diadakan di pekarangan Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) malam tadi.

Martin berkata, masyarakat Dayak di negeri ini menyambut baik cadangan itu, selain akan turut memberikan sokongan.

“Timbalan Premier kita Datuk Amar Douglas Uggah menyatakan semasa pelancaran tempoh hari supaya beberapa program Gawai akan dimasukkan ke dalam Kalendar Pelancongan Sarawak.

“Itu harapan beliau dan komuniti Dayak menyambut baik cadangan itu dan kita akan memberikan sokongan,” kata beliau lagi.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom dan ADUN Opar, Billy Sujang.

Program tersebut adalah salah satu daripada tiga  program bersempena sambutan Gawai yang bermula dengan Makan Malam Gawai Dayak pada 7 Jun dan perarakan Niti Daun pada 17 Jun lalu.

Mengulas mengenai penganjuran Bazar Gawai dan Malam Kesenian Bidayuh, Martin menjelaskan ia kali kedua diadakan selepas terhenti seketika akibat Pandemik COVID-19.

“Tahun ini, penganjuran Bazar ini lebih besar dan melibatkan lebih 250 gerai makanan halal dan tidak halal serta makanan tradisional.

“Program Malam Kesenian ini pula dianjurkan secara bersama tiga kaum iaitu Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Tahun ini jawatankuasa utama penganjur adalah kaum Iban dan pada tahun hadapan adalah giliran kaum Bidayuh pula,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan