Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah menunjukkan tiga unit kompresor yang telah dicuri suspek semasa kejadian. Foto: TVS

Geng Debu aktif pecah rumah di Stutong dan Stampin tumpas

KUCHING, 20 Jun: Tiga suspek yang dipercayai terlibat dengan kegiatan pecah rumah di Stutong dan Stampin berjaya diberkas polis pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, kesemua anggota kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Geng Debu, berumur 18 hingga 25 tahun ditahan pada hari sama.

 

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah semasa sidang media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada hari ini. Foto: TVS

Katanya, hanya suspek pertama dan ketiga yang mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah.

“Ujian air kencing mendapati kesemua yang ditahan positif dadah jenis Methamphetamine.

“Polis turut merampas sebuah televisyen jenama Toshiba 42 inci, tiga unit kompresor, guni serta plastik yang mengandungi pelbagai wayar elektrik yang dipercayai dicuri oleh suspek,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

‘Geng Mar’ dipercayai terlibat samun bersenjata di Kuching tumpas

Menurut Ahsmon, polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes pecah rumah dan curi yang melibatkan kerugian RM150,000 dengan tertangkapnya kesemua suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan