Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah menunjukkan senjata berupa sebilah pisau dan pakaian suspek yang digunakan ketika melakukan samun berkumpulan dan bersenjata. Foto: TVS

‘Geng Mar’ dipercayai terlibat samun bersenjata di Kuching tumpas

KUCHING, 20 Jun: Sekumpulan penjenayah dikenali sebagai ‘Geng Mar’ yang dipercayai terlibat dengan kes samun bersenjata di sekitar bandar raya ini berjaya ditumpaskan oleh polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, empat suspek yang berumur 24 hingga 33 tahun itu ditahan di beberapa lokasi iaitu di Jalan Merdeka, Petra Jaya, Samariang dan Tabuan Jaya, kurang 24 jam selepas melakukan jenayah berkenaan.

Kata beliau, polis turut merampas sebilah pisau, pakaian dan kereta jenis Toyota Avanza yang dipercayai digunakan oleh kesemua suspek yang merupakan rakyat tempatan.

“Berikutan penahanan mereka, polis berjaya menyelesaikan kes samun di Pending pada 15 Jun 2023 dan kes di Stutong pada 16 Jun 2023,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahsmon berkata, suspek menyasarkan premis 24 jam dan nilai kerugian yang dilaporkan mencecah RM4,000.

Tambah beliau, keempat-empat suspek juga mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.

“Tiga suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis Methamphetamine manakala seorang lagi positif ganja,” katanya.

Kesemua suspek direman sehingga 23 Jun ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan