Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peserta yang mengikuti bengkel VSS dan RECP hari ini. Foto: Facebook ARISE Plus Malaysia.

Bengkel VSS dan RECP bantu tingkatkan kualiti PKS 

ByDayu Adruce

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Bengkel Piawaian Kemampanan Sukarela (VSS) dan Kecekapan Sumber dan Pengeluaran Pekeliling (RECP) diadakan mulai hari ini hingga 23 Jun ini bagi membantu meningkatkan kualiti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).   

Bengkel tersebut anjuran Pusat Dagangan Antarabangsa (ITC) melalui projek ARISE Plus Malaysia yang dibiayai Kesatuan Eropah merangkumi dua modul. 

Ia adalah sebahagian daripada program bimbingan projek mengenai RECP yang akan membantu PKS untuk mengoptimumkan penggunaan sumber, pengurusan dan membantu mengenal pasti peluang pengeluaran pekeliling. 

Selain itu juga, bengkel tersebut mengajar strategi berterusan terhadap persekitaran serta  pencegahan terhadap proses, produk dan perkhidmatan untuk meningkatkan kecekapan menggunakan bahan, air dan tenaga, untuk meningkatkan produktiviti.  

Selepas mengikuti bengkel tersebut, peserta akan diberikan sijil tamat latihan mengenai Pendekatan Pakar Standard Kelestarian ITC. -TVS 

Tags: itc, PKS, recp, vss

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan