Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah bersama delegasi Malaysia dalam lawatan penanda aras ke Pulau Jeju UNESCO Global Geopark (Jeju Uggp)

Kerjasama komuniti jaminan kemajuan geopark – Awang Tengah

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 20 Jun: Penglibatan berterusan dengan masyarakat setempat dalam memelihara dan memulihara warisan geologi merupakan kunci kepada kejayaan dan kemapanan pembangunan taman geo (geopark) negara.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah berkata pembangunan geopark sangat penting bagi memelihara dan memulihara warisan geologi yang unik, memupuk pembangunan sosioekonomi yang mampan dalam masyarakat sekitar.

Ini termasuklah menurut beliau dengan penglibatan dan penyertaan komuniti tempatan dalam membuat keputusan bersama bagi mewujudkan rasa pemilikan dan kebanggaan untuk memastikan kemampanan dan kejayaan jangka panjang geopark tersebut.

“Kami memerlukan sokongan komuniti yang kuat, penglibatan pemimpin tempatan, struktur pengurusan yang berkesan, dasar untuk pembangunan mampan, dan jalan cerita yang menarik untuk produk geopelancongan.

“Dalam hal ini, kita perlu membangunkan pelan pengurusan yang komprehensif yang menangani keperluan sosioekonomi masyarakat tempatan sambil mengimbangi pemuliharaan dan pemeliharaan tapak geo untuk kejayaan dan kemampanan geopark,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan selepas mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan penanda aras ke Pulau Jeju UNESCO Global Geopark (Jeju Uggp), hari ini.

Bercakap mengenai lawatan berkenaan, Awang Tengah mendedahkan ia merangkumi tujuan untuk mempelajari cara Korea Selatan menguruskan Uggp Pulau Jeju khususnya mengenai aktiviti penglibatan komuniti, tadbir urus, pembangunan sosio-ekonomi, geopelancongan dan sebagainya.

Melalui lawatan ini ujar Awang Tengah, para delegasi berpeluang untuk memahami kepentingan penyertaan secara aktif dan perlunya sokongan daripada penduduk setempat yang akan menjadi satu langkah penting ke arah kejayaan dan kemampanan Jeju Uggp.

Malahan menurutnya elemen utama kepada kejayaan pelaksanaan geopark adalah penekanan Jeju UGGp dalam pembinaan kapasiti dan struktur pengurusan yang berkesan dengan sokongan dasar yang kukuh.

“Ini termasuklah membangunkan naratif yang kukuh dan menarik tentang ciri geologi, yang berkait rapat dengan budaya dan warisan tempatan,” jelasnya.

Terdahulu lawatan penanda aras ke Geopark Unesco Global Pulau Jeju telah diadakan pada 14 hingga hari ini, 20 Jun 2023.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan