Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Penguang Manggil menerima cenderamata daripada Adam Yii Siew Sang pada Majlis Pelancaran Makmal Transformasi Bandaraya Miri di Miri, hari ini. Foto: TVS.

Majlis Bandaraya Miri disaran tubuh cawangan khas pelancongan

MIRI, 19 Jun: Majlis Bandaraya Miri (MBM) disarankan menubuhkan cawangan khas untuk menjaga pelancongan, sejajar dengan matlamat membangunkan bandar minyak itu sebagai bandar peranginan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penguang Manggil berkata penubuhan cawangan berkenaan memerlukan pertambahan kakitangan pihak berkuasa tempatan itu.

“Semua faktor lain diambil kira terutamanya kekurangan kakitangan. MBM hanya mempunyai kira-kira 500 lebih kakitangan berbanding SMC (Majlis Perbandaran Sibu) yang mempunyai kira-kira 800 kakitangan dan DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) dengan 1,000 kakitangan.

“Saya harap semua orang boleh melihat struktur yang ada pada masa ini kerana jika ingin menjadi bandar peranginan, kita mesti mempunyai bahagian cawangan khusus atau dedikasi untuk menjaga pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada Majlis Pelancaran Makmal Transformasi Bandaraya Miri di sini, hari ini. Hadir sama, Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang.

Menurutnya lagi, MBM perlu melibatkan pemaju, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ketua masyarakat dalam mengembangkan industri pelancongan.

Golongan berkenaan merupakan penduduk yang tinggal di bandar raya Miri dan lebih mengetahui apa, sekali gus memberi maklumat tentang pelbagai perkara setempat.

“Miri beraspirasi menjadi bandar pintar, bandar hijau, bandar antarabangsa dan bandar peranginan yang boleh didiami. Ia adalah cabaran yang tinggi. Saya percaya dengan sumber yang ada, anda boleh lakukannya.

Menerusi Makmal Transformasi Bandaraya Miri, beliau berharap beberapa perkara akan diberi perhatian seperti isu gelandangan, alam sekitar, keperluan penduduk tempatan, sistem yang perlu dinaik taraf, sumber kewangan dan sumber manusia.

Program ini dijalankan oleh MBM bersama PEMANDU Associates Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan perundingan dengan para peserta program bagi membentuk pelan transformasi untuk bandar raya Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan