Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (tengah) bergambar bersama jawatankuasa selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Road to Gold di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama.

RM6.9 juta peruntukan diluluskan untuk RTG – Hannah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Sejumlah RM6.9 juta diluluskan untuk disalurkan bagi memenuhi segala permintaan atlet di bawah program Road To Gold (RTG), menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau yang juga Pengerusi bersama Jawatankuasa RTG berkata jumlah peruntukan berkenaan diluluskan hari ini oleh mesyuarat kedua Jawatankuasa RTG.

“Untuk sekarang, program bagi kumpulan kali ini, dana mencukupi, kalau ada penambahan atlet, dana akan bertambah,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan, di sini hari ini.

Mohd Azizulhasni juara keirin Asia, ulangi pencapaian emas berganda

Hannah berkata mesyuarat itu turut meluluskan elaun khas RTG sebanyak RM3,000 sebulan seorang kepada atlet di bawah program berkenaan yang dibentuk sebagai persiapan atlet ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam perkembangan lain, Koordinator program RTG Datuk Stuart Ramalingam berkata jawatankuasanya bersetuju melunaskan segala permintaan yang dipohon jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizuhasni Awang.

“Kami akan beri sebanyak sokongan yang boleh diberi, RTG telah melihat segala keperluannya dan segala perkara yang diminta…(Ia termasuk) permintaan domestik,” katanya.

Mohd Azizulhasni sebelum ini dilaporkan telah meluahkan rasa kecewanya terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) yang gagal menyediakan sistem sokongan lengkap di sini sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Juara Dunia Berbasikal Trek Keirin 2017 itu berkata beberapa siri perbincangan telah dibuat dengan MSN dalam tempoh setahun sebelum beliau kembali ke tanah air daripada pangkalan latihan di Melbourne, Australia, namun sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan