Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan muzik Geng Wak Long yang akan beraksi di pentas RWMF yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak, Kuching pada hujung minggu ini. Foto: RWMF.

Seni Budaya Warisan Kelantan ke pentas RWMF 2023 

ByDayu Adruce

KUCHING, 19 Jun: Geng Wak Long (GWL) yang mempunyai kepakaran dalam genre seni tradisional bakal mempertontonkan seni warisan budaya Kelantan ke pentas Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 pada 23 hingga 25 Jun.

Laman web rasmi RWMF 2023 berkata, antara seni tradisonal Kelantan yang dibawa GWL adalah teater boneka kulit Kelantan, Dikir Barat, Silat Kelantan, Makyung, Tari Inai dan beberapa kesenian negeri-negeri pantai timur. 

GWL terdiri daripada ahli kumpulan yang berasal dari Kelantan dan kumpulan ini mendapat latihan daripada beberapa tokoh seni seperti Allahyarham Pak Awang Hamzah ialah – Anugerah Seni Negara (Shadow Play-Leather Puppet), muzik Johor Ghazal (arwah Fadhil Ahmad – dikenali sebagai the Lyre King of Malaysia (Gambus), Pak Nasir Yusoff (Dikir Barat, Makyung, Shadow Puppet) Pak Hussin Yusoff (Main Peteri), Hamzah Yusoff (Muzik Silat, ReabanaUbi) Che Him (Silat), Allahyarham Rahim Jantan (Muzik Melayu Asli ), Cek Mat Jusoh (Makyung Music), Anuar Ismail, Ibrahim Senik, Hamzah Yusoff, dan Razali Ayub. 

Pengasas kumpulan GWL ialah Mohd. Kamrulbahri Hussin, yang lebih dikenali sebagai Kamrulhussin atau Wak Long. 

Kamrul merupakan pemuzik jemputan dalam pembikinan album dan pengiring jemputan untuk konsert awam tempatan dan kolaborasi bersama pemuzik antarabangsa seperti Dato’ Siti Nurhaliza (Pop Tradisional) dan Ramli Sarip (Rock). 

Kamrul telah telah memenangi banyak anugerah tempatan dan antarabangsa seperti Anugerah Sarjana Dunia 2007 dan 2010 di Korea.  

Selain GWL, antara artis tempatan yang bakal memeriahkan RWMF 2023 nanti ialah Zee Avi, Suk Binie, APU, Nadir, Steve Thornton Band, Sada Borneo, At Adau, Nading Rhapsody, Tuku Kame, Buloh Berkocak, Meruked dan Orang Orang Drum.   

RWMF 2023 tampilkan pemenang Anugerah Grammy

Manakala barisan pemuzik serta artis luar negara lain yang turut dijemput adalah ‘Rastak’ (Iran), ‘Fasylive’ (Maldives), ‘Chatusram’ (India), ‘Rizal Hadi & Folk’ (Indonesia), ‘Thai Fusions Sound Band’ (Thailand) dan banyak lagi dari Jepun, Hong Kong dan Singapura.   

Dapatkan tiket RWMF tahun ini di aplikasi Klook, yang merupakan ejen tiket rasmi RWMF 2023.   

Sementara maklumat lanjut mengenai barisan pemuzik dan informasi tiket boleh didapati di laman web rasmi RWMF di http://rwmf.net. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan