Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Nik Azlan Nik Man bersama Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan melakukan melakukan cerapan menggunakan teleskop Celestron Nexstar 5SE bagi melihat anak bulan Zulhijjah pada Majlis Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1444H/2023M untuk menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha di Pusat Cerapan Menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) hari ini. Foto: Bernama

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 29 Jun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi,” menurutnya dalam pengumuman yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan