Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Henry Sum ( tiga kiri) menyerahkan sijil kelahiran sah kepada seorang penduduk Lawas, Ruran Lukas. Foto: TVS.

JPN kenal pasti pendekatan permudah urusan permohonan kad pengenalan penduduk pedalaman Sarawak

LAWAS,18 Jun: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mengenal pasti pendekatan terbaik untuk mempermudahkan urusan memproses permohonan kad pengenalan diri warganegara di kawasan pedalaman Lawas.

Ketua Pengarah JPN Malaysia, Saiful Yazan Alwi menjelaskan, pendekatan itu membabitkan masa memproses lebih singkat dan tidak membebankan rakyat termasuk meneliti penempatan mesin mencetak kad pengenalan di JPN Lawas.

Jelasnya, kemudahan itu juga sejajar dengan permohonan Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong agar kemudahan cetakan kad pengenalan dapat dibuat di Lawas.

“Sekarang ini mereka terpaksa menunggu lima hari dan masalah besarnya yang di pedalaman datang untuk membuat kad pengenalan terpaksa pulang dan datang semula lima enam hari kemudian. Ini membebankan mereka dan kita sedang meneliti perkara untuk melihat keperluan, memang kita ada kemudahan untuk menempatkan mesin mencetak kad pengenalan.

“Di Lawas kekangan kami dari segi teknikal kerana mesin cetak ini memerlukan tahap keselamatan yang agak tinggi kerana mesin itu agak terkawal,” katanya Pada Program Kesedaran dan Tanggungjawab serta Dialog bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Lawas semalam.

Hadir sama ialah Pengarah JPN Negeri Sarawak, Awang Afferoz Awang Marikan.

Pada masa sama, Saiful turut memberi jaminan bahawa usaha mendapatkan bangunan sendiri JPN di Lawas sedang diusahakan oleh Pengarah JPN Negeri Sarawak.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan