KUCHING, 17 Jun: Malaysia memastikan salah seorang wakilnya, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir kejohanan Terbuka Indonesia 2023 selepas kedua-duanya berjaya mengatasi gandingan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.
Beregu lelaki terkemuka negara meneruskan rentak kemenangan dengan straight set 21-10, 21-15 di Istora Senayan, Jakarta.
Aaron Chia – Soh Wooi Yik mara ke suku akhir Terbuka Indonesia 2023
Penampilan cemerlang dan tenang dipamerkan kedua-duanya dalam 41 minit sehingga mampu mendahului perlawanan dengan perolehan mata yang berjarak.
Kemenangan itu menyaksikan keduanya akan dicabar gandingan tuan rumah Pramudya Kusumawardan-Yeremia Rambitan petang ini. – TVS