Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini. Foto: TVS

Kes ugut Ketua Polis Pulau Pinang, 38 along diberkas

GEORGE TOWN, 16 Jun: Polis setakat ini telah menahan 38 individu termasuk empat wanita yang disyaki terlibat dengan aktiviti pinjaman wang tidak berlesen atau along di negeri ini.

Tangkapan itu dibuat susulan tindakan ada dalam kalangan along itu menghantar sepucuk surat amaran dan mengugut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin yang diterima pada 1 Jun lalu.

Kok Chin berkata, suspek diberkas di beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia menerusi operasi khas sejak 5 Jun lalu yang turut bertujuan membanteras kegiatan berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang terima enam keping ‘duit mayat’, nota amaran

“Suspek berusia antara 21 hingga 72 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan itu termasuk ada yang menjadi keldai akaun kepada sindiket terbabit.

“Selain itu, ada juga tangkapan membabitkan mereka yang terlibat dalam kes sebelum ini yang mana siasatan telah dibuka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini.

Menurutnya lagi kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Ketua Polis Pulau Pinang terima enam keping ‘duit mayat’, nota amaran

Mengulas lanjut, Kok Chin berkata, pihaknya bagaimanapun sedang melakukan siasatan sama ada terdapat dalam kalangan suspek yang ditahan terlibat dengan kes ugutan yang diterimanya.

Terdahulu, media melaporkan Kok Chin menerima ugutan jenayah dalam bentuk enam keping ‘duit mayat’ dan sekeping nota amaran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, nota berkenaan yang diterima pada 1 Jun lepas melalui perkhidmatan Pos Malaysia meminta Kok Chin menghentikan tindakan agresif memerangi sindiket pemberi pinjam wang tanpa lesen di negeri ini.

Kok Chin baharu sahaja memulakan tugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang berkuat kuasa 12 Mei lalu, menggantikan Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan