Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, bagaimanapun, berkata perbincangan yang dipengerusikannya berjalan lancar namun tidak dapat mendedahkan perinciannya.
“Tiada komen mengenai butiran tetapi pernbincangan berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tiga jam itu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam ini.
Antara pemimpin Kerajaan Perpaduan yang hadir adalah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong dan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd Samad.
Rafizi hari ini dilapor berkata rundingan akhir berkaitan pembahagian kerusi antara PH dan BN menumpukan kepada kesepakatan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi menetapkan agihan kerusi DUN.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.