Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri dan Dato Mancha Ata tiba di Balai Polis Tapah untuk menghadiri taklimat mengenai operasi menjejaki dua tahanan lokap, hari ini. Foto: TVS

Tahanan lari lokap: Polis giat usaha pencarian, minta bantuan polis Indonesia jika lolos sempadan

KUCHING, 14 Jun: Polis menambah bilangan pegawai dan anggotanya dalam usaha menjejaki dua tahanan lokap warga Indonesia yang lari dari lokap Balai Polis Tapah dekat sini pada Isnin lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, operasi menjejaki dua tahanan dikenali sebagai Kelvin, 21, dan Bony, 31, kini membabitkan 194 pegawai dan anggota polis termasuk mendirikan sekatan jalan raya di beberapa lokasi strategik.

Baca artikel berkaitan >>> Polis buru dua warga Indonesia lari dari lokap Balai Polis Tapah

Operasi pencarian dan pengesanan suspek terbabit turut diperluas sehingga ke kawasan sempadan berdekatan.

Menurutnya lagi, jarak terdekat ke sempadan Malaysia dan Indonesia adalah kira-kira 65 kilometer iaitu di Kampung Sebakar, Padawan.

“Saya memohon orang ramai jika mempunyai maklumat mengenai mana-mana orang yang mencurigakan, boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Balai Polis Padawan untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya pada sidang media di Balai Polis Tapah dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata.

Mohd Azman turut tidak menolak kemungkinan dua suspek terbabit mampu bertahan pada masa yang agak lama selepas melarikan diri.

Bagaimanapun situasi berkenaan bergantung kepada individu terlibat selain faktor-faktor lain seperti keadaan sekeling suspek serta keadaan cuaca semasa.

Mengenai sekiranya dua suspek telah lolos ke negara asal mereka, beliau berkata pihaknya menerusi Bukit Aman akan meminta bantuan polis Indonesia.

“Kita akan berhubung dengan Bukit Aman terutama sekali bahagian Interpol bagi mendapatkan bantuan dari negara jiran,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan