Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan separuh akhir pada Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark. Foto fail TVS.

Aaron Chia – Soh Wooi Yik mara ke suku akhir Terbuka Indonesia 2023

ByTVS

KUCHING, 15 Jun: Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mara ke suku akhir Terbuka Indonesia 2023 selepas mengatasi wakil Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho pada pusingan kedua hari ini.

Penyandang gelaran juara dunia itu tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan straight set 21-19 dan 21-16 dalam tempoh 38 minit di Istora Senayan, petang tadi.

Baca artikel berkaitan >>> Terbuka Indonesia: Hanya tinggal tiga beregu teruskan cabaran Malaysia

Kemenangan itu menyaksikan beregu nombor satu negara itu akan berdepan gandingan Jepun Akira Koga-Taichi Sato petang esok.

Sementara itu hasrat beregu profesional Malaysia Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi untuk merebut slot berakhir apabila ditunjukkan jalan keluar oleh wakil tuan rumah, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Yew Sin dan Ee Yi tewas 20-22 dan 17-21.

Cabaran Malaysia dalam beregu campuran juga berakhir susulan kekalahan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing kepada pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dengan straight set, 21-17, 21-16. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan