Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Fadillah akan bertemu Ketua Pengarah Alam Sekitar Kesatuan Eropah

BySheera Abg Mansor

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Alam Sekitar di bawah Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Florika Fink-Hooijer pada 28 Jun ini.

Fadillah berkata, pertemuan di Putrajaya itu kelak akan membincangkan isu pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan EU (EUDR).

“Saya juga akan menegaskan pendirian yang dibawa oleh Malaysia di Brussels, Belgium baru – baru ini selain menjelaskan pandangan kita secara khusus terhadap pelaksanaan EUDR,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Fadillah berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional – Padang Serai) yang ingin mengetahui maklumat terkini susulan lawatan kerja Menteri Perladangan dan Komoditi itu ke Eropah.

Lawatan itu bertujuan untuk menangani isu diskriminasi minyak sawit yang diamalkan oleh EU.

Fadillah turut memaklumkan bahawa Misi Bersama Malaysia dan Indonesia ke EU melalui Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) di Brussels, Belgium pada 30 dan 31 Mei lepas telah berjaya menyampaikan kebimbangan negara pengeluar sawit berhubung pelaksanaan EUDR secara kolektif.

“Kita menerima respons positif daripada misi itu yang diharap dapat meleraikan kebimbangan Malaysia dan Indonesia terhadap pelaksanaan EUDR yang boleh menjejaskan sektor sawit di kedua-dua negara,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan