KUCHING, 15 Jun: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang ingin memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran disaran segera berbuat demikian sebelum tarikh tutup.
Menurut Instagram Wikiimpact, terdapat beberapa tawaran biasiswa sudah menghampiri tarikh tutup permohonan.
“Tarikh tutup untuk memohon Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Biasiswa Petronas, Biasiswa Bank Negara Malaysia dan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) ialah pada 16 Jun 2023,” tulis akaun berkenaan.
Sementara itu permohonan bagi Biasiswa Yayasan UEM dibuka sehingga 21 Jun, Biasiswa The Star (23 Jun), Biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan Biasiswa Shell pula masing-masing pada 30 Jun dan 25 Jun.
Lepasan SPM yang ingin memohon boleh melayari laman web rasmi setiap biasiswa tersebut. -TVS