KUCHING, 15 Jun: Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Tuku Kame bakal mengalunkan irama muzik menerusi gabungan instrumen tradisional Sarawak dari 30 etnik di Borneo di pentas Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023.
Menurut Narawi Rashidi selaku pengasas kumpulan Tuku Kame, nama kumpulan mereka membawa maksud ‘irama kita’.
Tuku’ yang membawa maksud pukulan, manakala kame’ pula bermaksud saya.
Kedua-dua perkataan tersebut diambil daripada bahasa melayu Sarawak.
Sebelum ini, Tuku’ Kame’ pernah tampil di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Korea, Jepun, Taiwan, Indonesia, Singapura, Australia, Kanada dan Monaco.
Malah, Tuku’ Kame’ turut banyak memenangi anugerah antarabangsa seperti MVT Breakthrough Awards, World Championship Of Perfoming Arts dan banyak Lagi.
Antara artis tempatan yang turut mengisi pentas RWMF bermula 23 hingga 25 Jun ini ialah Zee Avi, Suk Binie, APU, Nadir, Steve Thornton Band, Sada Borneo, At Adau, Nading Rhapsody, Geng Wak Long, Buloh Berkocak, Meruked dan Orang Orang Drum.
Manakala barisan pemuzik serta artis luar negara lain yang turut dijemput adalah ‘Rastak’ (Iran), ‘Fasylive’ (Maldives), ‘Chatusram’ (India), ‘Rizal Hadi & Folk’ (Indonesia), ‘Thai Fusions Sound Band’ (Thailand) dan banyak lagi dari Jepun, Hong Kong dan Singapura.
Dapatkan tiket RWMF tahun ini di aplikasi Klook, yang merupakan ejen tiket rasmi RWMF 2023.
Sementara maklumat lanjut mengenai barisan pemuzik dan informasi tiket boleh didapati di laman web rasmi RWMF di http://rwmf.net. – TVS