Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu ketika ditemui TVS hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Bendung rabies: Lebih ramai pegawai veterinar diperlukan – Dr. Richard

BySheera Abang Mansor

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) digesa untuk menambah lebih banyak jawatan pegawai veterinar bagi menjalankan program membendung kawalan penyakit berjangkit di negeri ini.

Ahli Parlimen Betong, Dr. Richard Rapu berkata dengan jumlah lebih 200 pegawai veterinar di Sarawak kini adalah tidak mencukupi berbanding di Sabah yang mempunyai sekitar 700 anggota.

“Di Sarawak, kalau kita dapat menyediakan jawatan pelbagai peringkat sehingga 800, mungkin akan memudahkan lagi program-program termasuk pencegahan penyakit berjangkit daripada haiwan kepada manusia dan haiwan kepada haiwan,” katanya ketika ditemui TVS baru-baru ini.

Beliau mengulas mengenai laporan kes rabies yang berlarutan sejak tahun 2016 di Sarawak dengan sembilan kes kematian direkodkan setakat Mei 2023.

Menurut Dr. Richard, kekangan dari segi tenaga kerja untuk menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan merupakan salah satu cabaran bagi mengawal jangkitan rabies di Sarawak biarpun sudah banyak program kawalan dilaksanakan pihak kerajaan negeri.

Pada masa sama, beliau menyeru kerjasama orang awam khususnya pemilik anjing untuk menghantar haiwan peliharaan mereka mendapatkan suntikan vaksin di mana-mana cawangan klinik veterinar.

“Amat penting untuk pemilik anjing dan kucing untuk sama-sama mengambil berat membawa haiwan peliharaan mereka untuk divaksin supaya ia memiliki antibodi yang kuat dan kalau kita dapat vaksin hampir 70 peratus, mudah-mudahan ini dapat mengawal penyakit ini daripada merebak ke kawasan-kawasan lain,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan