Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang Foto: Zaim Zarfan (TVS).

Dua projek perintis silibus baharu Tabika KEMAS dilaksana di Sarawak

BySheera Abang Mansor

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Dua projek perintis bagi modul pembelajaran baharu Tabika KEMAS telah dilaksanakan di Kota Samarahan dan Petrajaya, Kuching bermula Jun tahun ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata dua projek ini antara 100 projek yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia.

“Kita merancang banyak lagi kelas Tabika KEMAS yang akan melaksanakan kaedah baru ini,” katanya ketika ditemui TVS di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan itu, di samping mengekalkan konsep 3M- membaca, menulis dan mengira, slilibus baharu itu juga menekankan aspek pembangunan sahsiah selaras dengan konsep ihsan dalam Kerajaan Madani.

“Melalui modul baru ini kita akan melaksanakan satu tahfiz lebih kurang macam tadika tahfiz dengan memastikan kelas-kelas yang melaksanakan modul ini akan diberi penekanan atau silibus tambahan dari sudut Al- Quran.

“Secara tidak langsung pelajar-pelajar yang dilahirkan nanti dapat memenuhi kehendak pasaran pada masa ini.

“Apa yang penting kita akan dapat melahirkan anak-anak lebih peka dan mempunyai daya fikiran lebih tinggi,” katanya.

Menurut beliau, silibus baru Tadika KEMAS ini telah mendapat sambutan baik daripada para pendidik dan pelajar.

“Harapan kita dengan adanya modul baru ini akan menerbitkan kejayaan kepada perkembangan sahsiah anak-anak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan