Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Sarawak terajui pembangunan ekosistem dan penjanaan hidrogen hijau di Malaysia

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Kedudukan Malaysia yang strategik menjadikannya ia antara pemain utama ekonomi hidrogen di rantau Asia Pasifik dan dunia secara amnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, dalam hal ini Sarawak menerajui pembangunan ekosistem dan penjanaan tenaga boleh diperbaharui itu.

Jelasnya, PETRONAS sebagai pengeksport utama ammonia di rantau Asia Pasifik mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam pengeluaran ammonia sejak awal 1980-an dan merupakan salah sebuah pengeksport utama ammonia di rantau Asia Pasifik.

“Saya ucapkan tahniah kepada PETRONAS, Sarawak Energy (Berhad) dan TNB, telah mula laksanakan dan mendahului negara-negara ASEAN yang lain. Jadi kita berada di tapak yang lebih ke depan iaitu diatas inisiatif Sarawak Energy, PETRONAS dan Tenaga Nasional (TNB).

“Penjanaan hidrogen hijau dari sumber tenaga hidro juga adalah kelebihan yang ada pada kita (Malaysia) dan kita harus manfaatkan dengan beberapa langkah penyelidikan dan tindakan yang sekali lagi dalam hal ini, Sarawak menerajui pembangunan ekosistem penjanaan hidrogen hijau di Malaysia,” katanya semasa sesi soalan Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah kelebihan Malaysia dalam usaha menjadi penggerak utama dalam ekonomi hidrogen berbanding negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, China, Australia dan negara ASEAN yang telah mula menceburi sektor hidrogen.

Anwar berkata Jepun, Korea Selatan dan Singapura mempunyai permintaan tinggi terhadap hidrogen karbon rendah untuk pembakaran ammonia karbon rendah bersama dengan arang batu bagi sektor penjanaan kuasa elektrik bagi tujuan mengurangkan pelepasan karbon untuk masa terdekat hingga sederhana.

Jelasnya, teknologi hidrogen tempatan yang kini kebanyakannya berada di peringkat permulaan sedang menuju ke arah kematangan teknologi.

“Permintaan dalam rantaian nilai dan bekalan hidrogen yang mapan dan berdaya saing juga dijangka meningkat dengan kos penghasilan hidrogen yang kompetitif bagi tujuan kegunaan domestik. Sekali gus membolehkan negara Malaysia menjadi antara pemain utama ekonomi hidrogen di rantau Asia Pasifik dan dunia secara amnya,” tambahnya.

Beliau bagaimanapun mengakui, kekangan yang dihadapi Malaysia dalam beberapa industri baru termasuk tenaga boleh perbaharui ialah penyelupan dan tindakan haram.

“Hanya kerajaan Negeri Sembilan yang mengambil tindakan tegas dengan menutup kilang haram tetapi negeri-negeri lain masih belum ambil satu tindakan tegas untuk menghalang terutama orang asing menggunakan keupayaan kita dan hasil dalam negera kita,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan