Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui pemberita pada Majlis Dialog Seni, Majlis Seni Sarawak di sini hari ini. Foto: TVS.

Tiada halangan Sarawak sediakan ‘venue’ semua acara SUKMA 2024

KUCHING, 13 Jun: Tiada halangan bagi Sarawak menyediakan gelanggang untuk semua acara SUKMA 2024 meskipun terdapat penambahan lima acara sukan temasya itu, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut beliau kesemua lokasi penganjuran acara sukan sudah dikenal pasti serta ditetapkan di lapan lokasi terpilih.

Beliau menambah inisiatif membina beberapa buah gelanggang acara termasuk padang kriket dan padang ragbi juga sedang dilaksanakan di Kompleks Sukan Petra Jaya.

“Kesemua venue itu akan siap dan tersedia untuk digunakan sebelum berlangsungnya SUKMA pada Ogos tahun hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Dialog Seni, Majlis Seni Sarawak di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengakui penambahan lima lagi acara baharu bakal menjadikan penganjuran SUKMA tahun hadapan berskala terbesar pernah dianjurkan iaitu menyaksikan 37 acara akan dipertandingkan.

Abdul Karim memberitahu keputusan untuk menambah lima lagi acara baharu itu selepas Jawatankuasa Tertinggi SUKMA menerima pemohonan tujuh persatuan sukan bagi membolehkan ia dipertandingkan pada temasya berkenaan.

“Kita telah melihat ke arahnya ( lima acara sukan baharu) secara terperinci yang mungkin kerana kelima-lima acara sukan ini ada liga nasionalnya tersendiri dan kita merasakan adalah adil untuk dimasukkan sekali pada SUKMA nanti.

“Sarawak bersedia untuk itu dan kita akan menentukan lokasi ia akan diadakan sama ada di Kuching, Samarahan ataupun di lokasi yang lain,” katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada Isnin bersetuju untuk menambah lima lagi acara baharu untuk dipertandingkan pada Temasya SUKMA Sarawak tahun hadapan.

Lima acara tersebut ialah acara sukan sofbol, catur, kabbadi, silambam dan kriket akan dipertandingkan selepas kesemua acara tersebut memenuhi syarat ditetapkan menyertai temasya SUKMA. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan