Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ethno Thai Fusion Sound Band. Foto: RWMF.

Muzik tradisional Thailand oleh ETFS bergema di RWMF 2023

ByDayu Adruce

KUCHING, 13 Jun: Gemersik instrumen tradisional Thailand bakal bergema di Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 yang dibawakan oleh Ethno Thai Fusion Sound Band (ETFS).

Keindahan alunan muzik tradisional negara gajah putih itu bakal diserikan lagi dengan tarian yang rancak dan bertenaga daripada ETFS yang akan memukau pengunjung RWMF 2023 pada 23 hingga 25 Jun depan.

 

 

Menarik tentang kumpulan ETFS adalah salah seorang ahlinya, Sanu merupakan seorang penerbit untuk artis antarabangsa seperti Kevin Locke dan Debashish Bhattacharya. 

Selain itu, Sanu juga merupkan pengarah kru dokumentari “Perjalanan Etnik” mencari DNA instrumen etnik. 

Dalam pada itu, antara barisan pemuzik serta artis luar negara lain yang bakal menggegarkan pentas RWMF 2023 adalah ‘Rastak’ (Iran), ‘Fasylive’ (Maldives), ‘Chatusram’ (India), dan banyak lagi dari Jepun, Hong Kong dan Singapura.  

RWMF 2023 tampilkan pemenang Anugerah Grammy

Tahun ini, RWMF bakal membawakan sebanyak 199 pemuzik dari 12 negara termasuk pemenang Anugerah Grammy, Gipsy Kings dari Perancis, kumpulan Jamaica-Amerika Big Mountain dan Teater Safi dari Tanzania.

Dapatkan tiket RWMF tahun ini menerusi aplikasi Klook, yang merupakan ejen tiket rasmi RWMF 2023.  

Sementara maklumat lanjut mengenai barisan pemuzik dan informasi tiket boleh didapati di laman web rasmi RWMF di http://rwmf.net. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan