Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakaman CCTV mendapati tiga lelaki bertopeng yang memecah masuk sebuah rumah di Jalan Stampin. Foto: IPD Kuching

Seorang lagi penyamun ‘kelaparan’ di Stampin sedang diburu

ByDayu Adruce

KUCHING, 13 Jun: Polis sedang berusaha mengesan seorang daripada tiga suspek kes pecah rumah di Jalan Stampin Tengah, Kuching

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan mendedahkan hasil risikan pada 11 Jun, sekitar jam 5.20 pagi, suspek pertama berjaya menangkap seorang suspek yang disyaki terlibat.

Menurutnya kejadian telah dilaporkan berlaku pada 10 Jun lalu sekitar jam 6 pagi serta hasil siasatan awal mendapati kumpulan terbabit mencuri pelbagai jenis makanan dari rumah berkenaan.

“Suspek merupakan tiga lelaki yang bertopeng muka telah memecah masuk ke sebuah rumah dan telah mencuri pelbagai barang makanan dari rumah tersebut,” ujarnya. 

Ahsmon berkata suspek pertama itu berjaya dikesan oleh pasukan Task Force CAT (Counter Aggressive Team) IPD Kuching serta didapati memiliki empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah serta sarıngan air kencing mendapati suspekt positif dadah jenis Methamphetamine.

“Pihak polis juga telah berjaya merampas sembilan jumlah barang yang digunakan sebagai alat untuk pecah rumah,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Manakala, Ahsmon menambah suspek kedua berusia 29 tahun berjaya ditangkap semalam, (12 Jun) sekitar jam 12:52 pagi didapati mempunyai 23 kes lampau dan juga didapati positif dadah.

Sejurus itu kata beliau satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara 14 tahun serta denda atau sebat.

Dalam pada itu, Ashmon juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau men’viral’kan serta menghantar sebarang komen di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran semua pihak.

Pada masa sama beliau turut memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang di daerah Kuching segera menyampaikan maklumat di balai polis berdekatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan