TATAU, 13 Jun: Udang galah sepit biru yang banyak didapati di sini dilihat sangat berpotensi untuk menjadi produk pelancongan.
Pegawai Daerah Tatau, Jabang Juntan berkata, pihaknya bercadang untuk mempromosikan sumber protein air tawar itu dalam masa terdekat.
Pertandingan ratu etnik meriahkan Pesta Tatau pada Ogos depan
“Sememangnya Tatau sangat popular dengan udang galah dan sebenarnya usaha menonjolkannya sudah bermula.
“Hari ini kami hidangkan makanan istimewa iaitu mi segera bersama udang galah kepada rombongan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang tiba di sini,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, Jabang bersama Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Pandang Semat dan Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan (DSP) Jame Reis menyambut ketibaan rombongan awal petang tadi.
Rombongan berkenaan diketuai oleh Timbalan Setiusaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Sarawak, Dolhadi Mazuki dan Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti. -TVS