Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penunggang berusia 19 tahun maut selepas motosikalnya gagal mengelak sekumpulan kerbau di Jalan Sungai Kroh-Kampung Gajah, Air Kuning, Tapah dekat sini kelmarin. Foto: PDRM.

Seorang maut, tiga cedera langgar kerbau atas jalan

IPOH, 13 Jun: Seorang pemuda terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sekumpulan kerbau yang berada di tengah jalan dalam kejadian di Jalan Sungai Kroh-Kampung Gajah, Tapah, dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa dalam perjalanan dari Kampung Gajah ke Air Kuning bersama tiga lagi rakan berusia 14, 16 dan 21 tahun yang menunggang berasingan.

Katanya, mangsa dipercayai tidak menyedari kehadiran sekumpulan kerbau itu berikutan keadaan jalan raya yang gelap kerana ketiadaan lampu jalan.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga rakannya yang cedera dirawat di Hospital Kampar.

“Siasatan lanjut mendapati tiga daripada penuggang terbabit tidak memiliki lesen memandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah bagi urusan bedah siasat sebelum kematiannya disahkan akibat pendarahan otak dan pelbagai kecederaan lain akibat kemalangan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala saman turut dikenakan ke atas waris penunggang yang tiada lesen mengikut Seksyen 26(1) akta sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan