Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang. Foto: RTM.

Kementerian Perpaduan Negara tidak terlibat proses pemantauan, suntingan drama dan filem – Aaron

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Urusan yang berkaitan dengan proses penerbitan dan penggambaran sesebuah filem dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), jelas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau menegaskan, Kementerian Perpaduan Negara tidak terlibat dalam proses pemantauan dan suntingan drama dan filem bagi memastikan nilai-nilai kerukunan dalam karya-karya yang dihasilkan serta tidak menyentuh isu sensitif yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama.

“Manakala setelah sesebuah filem siap, urusan pemberian kelulusan ke atas kandungan filem sebelum ditayangkan kepada masyarakat umum pula terletak di bawah tanggungjawab Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri (KDN), kecuali bagi tayangan melalui medium internet berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2022 [Akta 620],” ujarnya.

Aaron menjawab soalan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor yang ingin mengetahui sama ada Kementerian Perpaduan Negara terlibat dalam proses pemantauan dan suntingan drama dan filem bagi memastikan nilai-nilai kerukunan dalam karya-karya yang dihasilkan serta tidak menyentuh isu sensitif yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, dalam melaksanakan penapisan filem, LPF merujuk kepada Garis Panduan Penapisan Filem KDN Tahun 2010 yang mengandungi empat aspek utama iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya dan ketertiban dan ketatasusilaan.

Bagaimanapun katanya, ,KPN sentiasa memantau hal-hal berkaitan dengan harmonian bagi memastikan ketnteraman negara sentiasa terjamin.

“Di peringkat kementerian kita mempunyai sistem yang sepakat dengan komuniti dimana setiap isu-isu yang bertentangan dengan keharmonian, perpaduan akan diambil kira atau pematauan dijalankan.

Sekiranya ia membawa kepada perpecahan KPN akan buat perbincangan lanjut dan sekiranya ia didapati melampaui batas perkara berkenan akan dirujuk kepada pihak yang lebih berkuasa seprti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” ujarnya.

Beliau menjawab solan tambahan Wan Razali yang ingin mengetahui langkah kerajaan bagi memastikan industri perfileman menghormati dan memahami kepelbagaian budaya agama Islam sebagai agama persekutuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan