Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rodri meraikan kemenangan perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara UEFA antara Inter Milan dan Manchester City di Stadium Olimpik Ataturk di Istanbul pada 10 Jun. Manchester City memenangi perlawanan 1-0. Foto: AFP

Rodri pemain terbaik Liga Juara-Juara, 7 pemain City tersenarai pasukan terbaik

ByBernama

LONDON, 12 Jun: Penjaring gol kemenangan Manchester City, Rodri dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Juara-Juara oleh UEFA ketika tujuh pemain City mencatat nama dalam pasukan terbaik musim ini dan Erling Haaland meraih gelaran gol terbaik musim ini.

Jaringan pada minit ke-68 itu sudah cukup bagi City mengalahkan Inter Milan 1-0 di Istanbul untuk menjulang Piala Eropah dan melengkapkan treble yang luar biasa, menurut Agensi Berita Jerman (dpa)

Pemain berusia 26 tahun itu pada Ahad dinamakan sebagai pemain terbaik musim ini oleh panel pemerhati teknikal UEFA.

Pada kesemua aksi Liga Juara-Juara City musim ini, Rodri hanya diketepikan dalam satu perlawanan dan menjaringkan dua gol termasuk jaringan kemenangan dalam aksi final pada Sabtu.

Pemain tengah Sepanyol itu disertai enam rakan sepasukan dalam pasukan terbaik musim ini ketika Haaland, Kevin De Bruyne, John Stones, Ruben Dias, Bernardo Silva dan Kyle Walker kesemuanya tersenarai.

Pemain Inter, Federico Dimarco dan Alessandro Bastoni turut berada dalam senarai pasukan terbaik bersama penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois dan penyerang Vinicius Junior.

City juga meraih anugerah gol terbaik musim ini menerusi Haaland untuk aksi akrobatiknya ketika menentang bekas kelab Borussia Dortmund dalam aksi peringkat kumpulan yang menyaksikan City menang 2-1. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan